Wednesday, March 25, 2009

Penambahbaikan Pejabat PMFSSK

Alhamdulillhah, Pejabat PMFSSK sedang dibuat penambahbaikan oleh pihak Kedekanan PMFSSK. Penambahbaikan ini sebenarnya, sudah mula diperjuangkan ketika PMFSSK dipimpin olah mantan presiden yang lalu, Saudara Ahmad Afeeq Bin Roslan. Namun, proses itu baru bermula pada sesi ini.

Penambahbaikan ini sebagai lambang keprihatinan pihak Kedekanan FSSK terhadap keselesaan untuk PMFSSK menguruskan aktiviti dan pentadbirannya. Untuk makluman rakan-rakan, Pejabat PMFSSK bukan hanya sebagai suatu tempat untuk Pemegang Amanah PMFSSK beraktiviti, namun ianya terbuka luas untuk rakan-rakan mahasiswa/i FSSK melakukan aktiviti masing-masing seperti kumpulan perbincangan dan rujukan nota di bilik sumber PMFSSK.

Bilik mesyuarat PMFSSK sentiasa terbuka untuk digunakan oleh mahasiswa/i FSSK bagi aktiviti perbincangan dan mesyuarat bagi kelab-kelab di FSSK. Pusat Sumber PMFSSK pula mempunyai pelbagai koleksi buku, jurnal dan yang menariknya, nota-nota pelajar yang senior untuk rakan-rakan rujuk. Pejabat PMFSSK adalah hak semua pelajar FSSK. Manfaatkan pejabat kita.

Diharap, dengan persekitaran pejabat yang semakin baik ini akan mampu menarik perhatian lebih ramai mahasiswa/i FSSK ke pejabat PMFSSK.

No comments: