Friday, July 23, 2010

Gangguan Bekalan Elektrik

AHAD (25/7/2010) SELURUH UKM AKAN MENGALAMI GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK BERMULA JAM 8 PG HINGGA 6 PETANG. HARAP MAKLUM DAN SEBARKAN. TQ.

Penyerahan Buku Akuan Amanah Saham Satu Malaysia (ASIM)

PENYERAHAN BUKU AKUAN AMANAH SAHAM SATU MALAYSIA (ASIM) KEPADA PELAJAR TAHUN 1 SESI 2009/2010 BAGI KAMPUS BANGI, UKMKL & PPUKM. UKM BANGI: 26 &27 JULAI 10,8.30 PG HINGGA 4.30 PETANG, BILIK TEMUDUGA, UKP, JPPeL, PUSANIKA,UKM. UKMKL & PPUKM 4&5 OGOS 10, 8.30 PG HINGGA 4.30 PETANG, RUANG LEGAR,TINGKAT 1... BLOK E (TIBE) UKMKL.



Sunday, July 18, 2010

NOTA BUAT ADIK-ADIK FSSK. :)


Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat datang ke UKM wahai adik-adik FSSK tahun 1 sesi 2010/2011. :) Diharapkan anda semua bergembira menjalani kehidupan selaku mahasiswa/i walaupun cabaran dan dugaan bakal menanti. Semoga kita mampu tempuhi bersama.

Minggu Pengenalan Kelab/Persatuan bakal berlangsung mulai 19 - 23 Julai bertempat di bangunan Pusanika dan fakulti masing-masing dari jam 8 pagi sehingga 5 petang. Lawati booth famili PMFSSK di Dataran 3B301, FSSK untuk mendaftarkan diri anda sebagai ahli PMFSSK. Nikmati pelbagai perkhidmatan dan kemudahan asas seperti cybercafe, khidmat nasihat mengenai pembelanjaran dsb, pusat sumber, bilik perbincangan & mesyuarat, surau yang baru sahaja dinaiktarafkan dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, banyak aktiviti dan program yang bakal diadakan sepanjang sesi 2010/2011. Kami sangat memerlukan ANDA untuk menjadi tulang belakang bagi menjayakan misi dan hasrat kami. Maka jangan lepaskan peluang ini untuk mempelajari selok belok organisasi dan memantapkan kepimpinan dalam diri ANDA, malah komunikasi dan silaturahim sesama kita!!

Juga lawatilah pejabat urusan kami di aras bawah Blok F, FSSK.


Jumpa lagi semua! (^o^)Y

PERUTUSAN PRESIDEN


BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM 1MALAYSIA.

Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru yang telahpun melangkah ke alam universiti. Tahniah dan syabas kepada anda semua kerana berjaya menempatkan diri di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Harus diingatkan bahawa anda kini berada di alam universiti dan bukan lagi di alam persekolahan. Perlulah anda belajar untuk berdikari dalam setiap aspek kehidupan agar dapat mengejar impian dan harapan yang diamanahkan oleh keluarga. Selain sesi pembelajaran formal, kepentingan ‘bermasyarakat’ wajar dipupuk dan berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran insaniah yang sedia ada dalam diri melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh semua pihak sama ada PMFSSK sendiri mahupun kelab-kelab pusat pengajian.

Akhir kata, saya berharap agar kita semua selaku mahasiswa/i Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan mampu bekerjasama dalam membangunkan dan memantapkan lagi FSSK agar terus cemerlang dan gemilang. Selaku presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (PMFSSK), saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Kedekanan FSSK, barisan kepimpinan PMFSSK dan warga FSSK kerana memberi sepenuh keyakinan dan kerjasama sepanjang menjadi warga FSSK. Saya juga ingin memohon maaf andai sepanjang kepimpinan PMFSSK sesi 2010/2011 ini, terdapat kekurangan dan kelemahan dari pihak kami. Pihak kami mengalu-alukan cadangan dan komen bernas anda ke e-mel PMFSSK di www.pmfssk-ukm.com.

Sekian, wassalam.

Rashida Nurul Shahida Abdullah

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Perkenalan buat semua warga FSSK dan UKM.

Memperkenalkan barisan kepimpinan PMFSSK baru untuk sesi 2010/2011 (sila rujuk sudut di bahagian kanan blog). Kami sungguh berbesar hati dan bersyukur kerana diberi mandat dan tanggungjawab besar untuk memimpin persatuan mahasiswa demi kepentingan dan kebajikan warga-warga FSSK. Diharapkan hubungan kerjasama yang lebih utuh di antara semua warga Kedekanan dan FSSK serta organisasi lain terjalin demi memantapkan kualiti perkhidmatan kami. Kami sentiasa menanti sebarang cadangan, proposal dan komen bernas anda untuk menaiktarafkan perkhidmatan yang sedia ada.

Terima Kasih. :)

Membina Mahasiswa Cemerlang