Monday, September 22, 2008

majlis berbuka puasa bersama anak yatim



"ketua pengarah program-adib akmal"

majlis ini telah berjaya dilaksanakan pada tanggal 11 september 2008, khamis bertempat di Dewn Gemilang, UKM. majlis bermula pada jam 630 petang dengan kehadiran tetamu VIP. majlis ini meriah dengan kehadiran anak2 yatim dari Darul Izzah, Bangi seramai 31 orang dan rakan-rakan dari FSSK sendiri seramai lebih krang 50 0rang.

Thursday, September 11, 2008

LAWATAN KEPIMPINAN KE PARLIMEN 2008




lawatan ini telah diadakan pada Khamis, 28 Ogos 2008 yang lalu. program ini melibatkan pelajar-pelajar tahun 2 dan 3 seramai 40 orang. lawatan ini bermatlamat untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar sistem kerajaan Malaysia yang sebenar dan bagaimana proses perbahasan rang undang-undang dilaksanakan.isu yang diutarakan pada hari tersebut adalah isu DNA. banyak pengalaman yang telah diperolehi dari lawatan ini.


Wednesday, September 10, 2008

PROGRAM INTERAKSI PELAJAR TAHUN 1 SESI 2008/2009


PROGRAM INI TELAH BERJAYA DIADAKAN PADA AHAD, 24 OGOS 2008 DI DEWAN KULIAH 3B 301 FSSK. PROGRAM INI TELAH BERMULA PADA JAM 930 PAGI DAN BERAKHIR PADA JAM 630 PETANG. PELBAGAI AKTIVITI TELAH DIADAKAN SEPERTI TARIAN "CHICKY DANCE", MODUL 4 & 8 KEPING, TARIAN "LAICIKANG" DAN LAIN-LAIN LAGI. PROGRAM INI BERJAYA MENCAPAI MATLAMAT UTAMANYA IAITU MERAPATKAN JURANG DI ANTARA PELAJAR-PELAJAR BARU DENGAN EXCO-EXCO PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL & KEMANUSIAA (PMFSSK).

Saturday, August 9, 2008

Majlis Konvokesyen ke-36,2008

School Myspace Comments

Tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa-mahasiswi Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan yang berjaya menamatkan sesi pengajian di UKM.Kami di sini mengucapkan semoga berjaya dalam menghadapi cabaran & dugaan yang bakal dihadapi di dunia kerjaya nanti..



School Myspace Comments

Saturday, July 19, 2008

Minggu Pengenalan Persatuan UKM

Minggu Pengenalan Persatuan UKM (MPP) akan berlangsung pada 21 Julai 2008 sehingga 25 Julai 2008. Aktiviti ini akan diadakan di bangunan Pusanika,UKM. Aktiviti ini bertujuan memperkenalkan persatuan-persatuan di UKM dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar baru sesi 2008/2009 menyertai persatuan-persatuan atau kelab-kelab yang diminati. Terdapat banyak jenis persatuan yang akan membuat pameran tentang aktiviti masing-masing. Anda semua dijemput hadir ke Pusanika bagi memeriahkan lagi aktiviti ini.

Saturday, July 12, 2008

selamat datang!

selamat datang kepada semua mahasiswa/i fakulti sains sosial & kemanusiaan UKM..ini adalah satu tempat bagi kita pelajar FSSK untuk berkongsi pendapat atau cadangan dalam usaha menjayakan lagi aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan..

semua pendapat & cadangan yang bernas sangat-sangat dialu-alukan.

terima kasih!