Wednesday, January 12, 2011

T-SHIRT FSSK



Harga: RM18 Sehelai
Lengan Pendek, Hitam / Krim.
Tempahan dibuat di setiap kelas program pengajian tahun 1,2,3 dan master+phD.

PENCARIAN KREW/URUSETIA PROGRAM PMFSSK

*hubungi Hazie [019-3548368] untuk sebarang pertanyaan*

Thursday, September 2, 2010

Friday, August 20, 2010

PEMILIHAN BARISAN AJK EXCO PMFSSK

SALAM PMFSSK

PEMILIHAN BARISAN AJK EXCO PMFSSK AKAN DIADAKAN
PADA 23/08-26/08 DI BILIK GERAKAN PMFSSK.
SESI TEMUDUGA(2 SESI) AKAN BERLANGSUNG
PADA JAM 10-12PM DAN 2-5PM.
TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR TAHUN 1 & 2.
SETIAP WAKIL KELAS TAHUN 1 DIMINTA MENGAMBIL SURAT HEBAHAN
DI BILIK GERAKAN PMFSSK PADA ISNIN 23HB.
SEKIAN, HARAP MAKLUM.

(^o^)Y
SEMOGA BERJAYA!

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kareem 1431 Hijriah


Salam Ramadhan buat semua mahasiswa yang beragama Islam, satu aqidah, satu ukhuwah..
Alhamdulillah, segala pujian dan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita.

Saudaraku sekalian,
sesungguhnya apa yang Allah beri kepada kita semua selaku hambaNya sebenarnya lebih banyak daripada apa yang kita minta.
Maka, bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan kali ini, kami di pihak Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan ingin mengajak kalian semua untuk sama-sama meningkatkan 'amal, menyeru yang ma'aruf serta mencegah yang mungkar sebagai tanda syukur atas nikmat Iman & Islam serta sebagai rasa pengabdian diri kepadaNya, Tuhan Sekalian 'Alam..

Sedikit prkongsian berkenaan dengan Ramadhan, moga kita sama-sama memperoleh berkat serta manfaat..
InsyaAllah..

* * * * * *

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW tentang Ramadhan yang bermaksud : "sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan olehnya dosa yang telah lalu"
-Riwayat Bukhori, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi-

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"
Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda,

Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka

Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.

Benyakkan berdoa, berzikir selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain

Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.

Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya..

Syukran..

Monday, August 9, 2010

PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS

PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS

.Wajib bagi semua pelajar UKM.

.Bermula 9/08 - 15/08/10.

.Di laman smpweb.

HARAP MAKLUM

Sunday, August 1, 2010

Hari Interaksi PMFSSK 2010/2011

JUMAAT, 30 JULAI 2010, 3-6PTG

Hari Jumaat, penuh keberkatan.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi,
selesainya episod pertama PMFSSK sesi 2010/2011,
HARI INTERAKSI PMFSSK bersama adik2 tahun 1.

Kejutan yang cukup menggembirakan,
kehadiran adik2 yang sungguh memberansangkan,
inisiatif dan komitmen yang diberikan
bagi menjayakan dan memeriahkan lagi program ini,
amat kami hargai sampai bila2.
:: Negaraku + Varsiti Kita = Mantap! ::

:: Gigih! ::

:: sesi pemikiran kreatif dan inovasi ::

:: KP says: I LIKE!! ::

Syabas dan Tahniah buat barisan pemimpin yang telah
bertungkus lumus merancang dan melaksanakan program ini.

Caya-lah!

PMFSSK
"Membina Mahasiswa Cemerlang"