Saturday, August 29, 2009




Selamat Hari Kemerdekaan Ke-52

Ikhlas Dari

Persatuan Mahasiwa FSSK (PMFSSK)

Nota Pendek Presiden

Salam kemerdekaan ke-52

Perjuangan anak watan tanah ini menuntut kebebasan dari penjajah sudah berlangsung sebegitu lama. Ia mulanya dipelopori oleh masyarakat tradisional kemudian disambung oleh pejuang-pejuang yang lebih moden. Apabila masyarakat ketika itu sudah mula punyai semangat nasionalisme, ramai pejuang telah muncul untuk memperjuangkan kemerdekaan negara.Mereka ini terdiri dari pelbagai latar belakang dan falsafah perjuangan. Namun, hal itu tidak menjadi penghalang untuk mereka meneruskan perjuangan untuk bebas daripada penjajahan sehingga Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

Hari ini, kita hanya gemar melihat versi rasmi sejarah kemerdekaan negara. Kita hanya membaca buku teks sekolah untuk memahami proses perjuangan menuntut kemerdekaan. Kita tidak meneroka buku-buku sejarah yang lain untuk maksud itu. Kita tidak sedar kita telah menerima suatu pensejarahan yang tidak cukup sifatnya. Ini memudahkan pemain-pemain politik mencucukkan jarum mereka. Hasilnya kita terpedaya, kita mudah takut kerana tidak faham sejarah, kita mudah marah kerana tidak faham sejarah, kita mudah berprasangka kerana tidak faham sejarah. Kita mudah membenci kerana kita tidak mengetahui hakikat yang berlaku. Akhirnya kita menjadi warganegara yang tidak cerdik.

Penulisan sejarah yang tidak menyeluruh berkenaan kemerdekaan negara kita amat ketara. Tokoh-tokoh aliran kiri diburukkan dengan sebegitu rancak. Idea dan hasrat mereka yang sebenar diputar belitkan. Imej mereka dihitamkan supaya masyarakat Malaysia yang hidup pada hari ini dibuai dengan versi yang ‘menyenangkan hati’. Ini suatu kebaculan akademik. Kita sedang membutakan mata generasi yang lebih muda dengan tulisan-tulisan propaganda murahan. Yang merugikan disembunyikan, yang memberi untung dijelmakan sehabis mungkin.

Oleh itu, golongan muda harus menerokai ilmu. Kita jangan ghairah untuk memahami sejarah kemerdekaan ini hanya dalam tempoh satu jam forum kemerdekaan negara berlangsung di musim merdeka. Penerokaan ini harus berlangsung setiap masa supaya kita menjadi warga yang celik dan rasional. Jangan kita ghairah memacakkan bendera negara, tetapi kita kosong dari segi pengisiannya. Ya, generasi muda ramai yang menjulang bendera negara dimusim merdeka ini, tetapi tidak ramai yang ‘berisi’.

Selamat Hari Kebangsaan Ke-52

Wednesday, August 26, 2009

10 RAHSIA UNTUK HIDUP INDAH

1. CINTA
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

2. RESPECT
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let’s get do it.

3. BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.

4. BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.

5. FORGIVENEES
Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

6. BERBAGI
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berbagi. Berbagi apa saja, curhat sama teman, berbagi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.

7. KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

8. KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

9. KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka

10. KEDAMAIAN
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal

sumber: http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2008/06/10-rahsia-untuk-hidup-indah.html

Tuesday, August 25, 2009

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

Friday, August 21, 2009

Thursday, August 20, 2009

Nota Pendek Presiden

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.

Hadis diatas menerangkan kepada kita betapa besarnya rahmat Allah kepada kita, umat Rasulullah S.A.W. yang bakal sekali lagi menyambut Ramadhan yang penuh barakah ini. Didalam bulan yang mulia ini, Allah S.W.T akan membuka pintu-pintu syurga yakni membuka seluas-luasnya peluang untuk kita yang masih punyai ‘umur’ ini memiliki pahala yang mungkin dipandang mudah pada bulan-bulan yang lain. Justeru, di bulan ini, kawallah nafsu dan segala sikap buruk yang sudah menjadi tradisi. Ayuh kita jadikan Ramadhan kali ini sebagai titik perubahan. Rebutlah kemanisan ibadah. Carilah pahala. Carilah syurga.

Juga ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan laknatullah telah dirantai sepanjang bulan yang mulia ini. Apa yang selalu disebut oleh ustaz saya ketika belajar di kelas KAFA di Kedah, “Setan memang dah dirantai..tapi kalau dalam hati hangpa masih ada sarang dia..sama ja la..bulan posa ka dak..”. Saya kira, siapa yang pernah mengikuti kelas fardhu ain di sekolah rendah dahulu, pasti akan diingatkan tentang hakikat ini. Ya, itulah realitinya, walaupun syaitan sudah tiada untuk sementara ketika Ramadhan menunjukkan wajahnya, secara tidak sedar ramai sebenarnya terus menyambung tugas syaitan itu sendiri. Seharusnya kita kawal diri, keluarga dan masyarakat kita daripada terus menjalankan kerja-kerja syaitan. Hormati bulan yang Allah beri khusus kepada kita ini.

Cukuplah sekadar itu, saya mewakili semua rakan-rakan kepimpinan PMFSSK mengucapkan selamat memanfaatkan bulan barakah ini. Jangan sekadar berpuasa, tetapi manfaatkan bulan ini untuk memulakan proses membaiki diri untuk hari ini dan masa hadapan. Segala salah dan silap saya dan rakan kepimpinan PMFSSK mohon dimaafkan.

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Tuesday, August 18, 2009

HARI INTERAKSI PMFSSK




HARI AHAD YANG LALU BERLANGSUNGNYA PROGRAM HARI INTERAKSI SEMPENA MENYAMBUT KEDATANGAN ADIK2 TAHUN 1 DISAMPING UNTUK MEMPERKENALKAN MEREKA DENGAN PMFSSK..MEREKA TELAH DIAGIHKAN MENGIKUT SEKRETARIAT YANG MEREKA PILIH SEMASA SESI PENDAFTARAN PERSATUAN DIADAKAN..
PELBAGAI AKTIVITI TELAH DIADAKAN PADA HARI BERKENAAN.PROGRAM TELAH DIMULAKAN DENGAN MAJLIS PERASMIAN OLEH YBHG PROF. DR. ZAHARANI BIN AHMAD SELAKU PENASIHAT PERSATUAN.
SELEPAS ITU, MAJLIS DITERUSKAN SESI MEMPERKENALKAN BARISAN KEPIMPINAN PMFSSK DIBAWAH PIMPINAN SAUDARA MOHD ADIB AKMAL B AHMAD SHATIR.

SEDIKIT PERMAINAN JUGA TELAH DISEDIAKAN UNTUK ADIK2 BAGI MENGUJI MEREKA.PELBAGAI TELATAH DAN KERENAH DAPAT DILIHAT KETIKA SESI INI BERLANGSUNG.MEREKA SALING BERTANDING UNTUK MENJADI PEMENANG.

AKHIR SEKALI SESI PEMILIHAN KETUA MENGIKUT PUSAT DAN WAKIL TAHUN SATU TELAH DIPILIH. SAUDARA IZZAT AMIR TELAH DIPILIH SEBAGAI KETUA PELAJAR TAHUN SATU.SELEPAS ITU, MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PENYERAHAN KAD KEAHLIAN KEPADA SEMUA AHLI TAHUN 1 DAN JUGA SIJIL PENYERTAAN.ALHAMDULLILLAH, MAJLIS BERAKHIR DENGAN IZIN YANG MAHA ESA.KEPADA ADIK2 TAHUN 1 YANG DATANG, TERIMA KASIH DIUCAPKAN. DIHARAP HUBUNGAN YANG DIBINA AKAN BERKEKALAN.

ciri-ciri pelajar cemerlang

1. Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'

2. Jangan bersikap pesimistik
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang.
Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.

3. Kesedaran memikul tanggungjawab
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

4. Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.

5. Mulakan dari awal
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi.
Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

NEXT TIP WILL COMING SOON...
sekretariat A, L & K

Saturday, August 8, 2009

Nota Pendek Presiden

Mahasiswa ialah aset masyarakat. Mahasiswa bukan hanya perlu belajar untuk kepentingan diri, tetapi harus juga belajar untuk kepentingan masyarakat. Keinsafan ini harus timbul didalam diri semua mahasiswa. Tugas memimpin masyarakat pasti bermula ketika seseorang rakyat itu berada diusia muda dan dalam usia muda ini, yang paling menonjol pastilah golongan cerdik pandai di kampus yang digelar mahasiswa.

Jika kita sedar, golongan yang menyara kita di kampus sebenarnya ialah masyarakat itu sendiri. Duit-duit cukai yang dikutip dari rakyat yang bergelar doktor, nelayan, petani, tentera, jurutera dan banyak lagi itu, sedikit sebanyak pasti digunakan oleh kerajaan untuk membangunkan sektor pengajian tinggi negara. Hasil langsung dari hal ini pastilah diterima oleh mahasiswa itu sendiri. Justeru harus diingat. Wang rakyat harus dimanfaatkan untuk rakyat juga. Jangan kita di kampus ini bersifat penting diri. Hanya belajar, tetapi rakyat yang miskin tidak dibela, rakyat yang dizalimi tidak dipeduli, rakyat yang lemah dipandang sepi.

Justeru, mari kita berubah, mari kita mula mengambil tahu soal kepentingan orang lain, melebihi kita mengambil tahu kepentingan diri sendiri. Sesungguhnya, negara yang mempunyai mahasiswa yang pasif daan lemah daya sensitivitinya terhadap masalah masyarakat, adalah negara yang sedang menuju kearah kebejatan nilai kemanusiaan yang teruk. Ayuh bertindak sebagai jurubela masyarakat.

Salam Hormat,

Mohd Adib Akmal.



TIPS UTK HILANGKAN STRESS

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan
tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakandiri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solatsunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayannya.

SEKRETARIAT PEMBANGUNAN & INFRASTRUKTUR

Thursday, August 6, 2009

5 cara nak belajar

1- Secara berterusan - seseorang yang ingin belajar mestilah belajar secara berterusan. Tidak boleh hanya sekerat jalan ibarat kata pepatah melayu " BAGAI MELEPASKAN BATUK DITANGGA".

2- Tidak berada ditempat yang dia tinggal- seboleh-bolehnya, mereka perlulah berhijrah dari tempat mereka tinggal agar mereka tidak akan alpa dengan tugasan mereka. Semakin jauh semakin baik.

3- Mesti miskin- jika mereka adalah orang kaya mereka tidak akan merasai nikmat menjadi seorang pelajar kerana mereka akan selalu merasa senang dan tidak tahu erti kesusahan yang perlu ditempuhi.

4- Mesti bodoh- semakin banyak yang kita belajar semakin banyak benda yang kita tidak tahu. jika seseorang itu merasa mereka telah pandai, mereka tidak akan berusaha untuk belajar lagi dan mereka akan menjadi semakin tidak pandai.

5- Grunya mesti pandai-jangan sesekali menuntut dengan mereka yang telah diketahui akan kebodohannya dan terpesong ajarannya.


sekretariat akademik, latihan dan kepimpinan

Untuk adik-adik tahun satu..

Untuk adik-adik PMFSSK tahun satu yang mendaftar keahlian rasmi PMFSSK..

Pada 16 Ogos 2009(Ahad)
Jam 8.30 pagi-2.00 petang
Di DK3B 301 FSSK

Hari Interaksi PMFSSK bersama adik-adik tahun 1
akan diadakan.

Apa yang adik-adik akan dapat jika hadir?

-Kad Keahlian PMFSSK
-Peluang berorganisasi didalam PMFSSK
-Sijil Penyertaan

Kepada adik-adik PMFSSK yang mendaftar..ada diwajibkan hadir untuk pemilihan AJK Sekretariat PMFSSK..

Pengangkutan dan makanan disediakan..
Jumpa nanti ya!!

Perhatian!!

Tarikh Cadangan: 14 Ogos 2009
Tempat Cadangan : DK 3F203 FSSK
Jam:8 Malam

Bakal menemui anda!!
Majlis Tayangan Filem PMFSSK
sempena ulang tahun kemerdekaan negara kali ke-52

Menampilkan filem hebat..
LEFTENAN ADNAN

Ayuh datang beramai-ramai..
Masuk adalah percuma!!

Cabutan bertuah disediakan..
Hadiah ditaja oleh ForumCyber.com dan PMFSSK..

JUMPA DISANA!!!

Jom Ke Bilik Sumber PMFSSK..

Bilik Sumber PMFSSK terletak didalam Bilik Mesyuarat PMFSSK. Anda sebagai Mahasiswa dan Mahasiswi FSSK adalah dijemput untuk memanfaatkan kepustakaan ilmu yang tersedia di Bilik Sumber PMFSSK. Antara koleksi bahan yang terdapat di Bilik Sumber PMFSSK ialah:-

1-Koleksi buku-buku Akademik dari pelbagai disiplin di FSSK.
2-Koleksi buku Pengajian Jarak Jauh (PJJ).
3-Koleksi pelbagai terbitan jurnal yang berkaitan dengan disiplin akademik di FSSK.
4-Rujukan berkenaan Fakulti dan UKM (Senarai penyelidikan FSSK dan UKM, Laporan Tahunan UKM, Buku Panduan Prasiswazah FSSK, dan sebagainya).
5-Koleksi nota-nota kuliah dan esei terdahulu.
6-Koleksi majalah Universiti Kebangsaan Malaysia (Majalah Aspirasi).
7-Biografi dan Autobiografi tokoh-tokoh.
8-Koleksi majalah umum.
9-Koleksi ensiklopedia.
10-Dan pelbagai lagi sumber rujukan yang tidak berkategori.

Ayuh!! apa tunggu lagi? bahan rujukan yang pelbagai sedang menanti anda di Bilik Sumber PMFSSK. Manfaatkan peluang ini. Mungkin bahan yang anda cari rupanya berada di sebuah bilik kecil di Pejabat PMFSSK!!.

Nota:
-Bilik Sumber dibuka pada setiap hari kuliah, jam 10 pagi hingga 5 petang.
-Segala bahan di Bilik Sumber tidak boleh dipinjam (anda dibenarkan membuat sainan fotokopi di kedai komputer berdekatan Pejabat PMFSSK).
-Bilik Mesyuarat PMFSSK sentiasa terbuka untuk semua aktiviti akademik.

Sekian.