Friday, March 27, 2009

Kempen 'Jom Kenali Talasemia'


Kempen yang berlangsung pada 24 Mac 2008 ini telah diadakan dihadapan Dataran Pusanika bermotifkan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya warga UKM agar lebih peka terhadap penyakit Talasemia ini.
Program yang berlangsung sehingga jam 5 petang ini merupakan koloborasi antara pihak UKM Bangi dan juga pusat rawatan HUKM di Cheras. Pihak HUKM juga telah mengambil 300 sampel darah warga UKM Bangi untuk diuji sama ada mereka membawa gen talasemia atau tidak.
Terdapat beberapa info yang ingin pihak PMFSSK kongsikan antaranya kepada warga FSSK yang merupakan penduduk kepulauan Borneo (Sabah dan Sarawak), kebarangkalian mereka yang lahir disana berpontensi untuk mendapat penyakit ini lebih tinggi berbanding daripada warga Malaysia yang berada di semenanjung.
Pihak PMFSSK menyeru kepada semua warga UKM khususnya siswa/i FSSK agar melakukan ujian talasemia di klinik-klinik berhampiran sebagai langkah berjaga-jaga.

2 comments:

SARFAMS said...

Salam Blogger,

Saya memohon maaf kerana tidak dapat menjadi panelis ketiga untuk forum kesedaran IT anjuran MENTION baru-baru ini.

Pada asalnya, forum tersebut menjemput Saudara Nasir (Presiden PMUKM), namun beliau tidak dapat hadir. Oleh itu, di saat-saat akhir, pihak penganjur menghubungi saya menerusi telefon untuk menggantikan Saudara Nasir.

Namun saya tidak dapat berbuat demikian kerana terdapat 2 lagi program pada waktu dan tarikh yang sama yang lebih penting.

Mohon maaf atas kesulitan.


Ikhlas,


SARFARIZMAL MD SAAD
Timbalan Presiden PMUKM

MyaZaraIdora said...

Salam...
Tenkiu aligato diucapkan kepada ahli jawatankuasa PMFSSK yang sudi hadir ke Kempen Jom Kenali Talasemia.. Kehadiran anda amatlah dihargai.. tenkiu...

Ikhlas dari,
Ketua Pengarah
Kempen Jom Kenali Talasemia...