Monday, April 13, 2009


Sahabat-sahabat sekalian, selamat berjuang semula di medan peperiksaan. Moga kita akan mendapat keputusan yang lebih cemerlang pada semester ini. Insayallah.


"Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmat-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".


Ikhlas Daripada:-

PMFSSK

Friday, April 3, 2009

Malam Emas tradisi Abadi FSSK



Makluman terbaru kepada para mahasiswa/i FSSK, anda boleh menjemput rakan anda dari fakulti lain untuk menyertai makan malam tahunan fakulti dan ia mengikut kekosongan tempat. Para mahasiswa/i digalakkan untuk memakai pakaian yang bersesuaian dengan tema dan sopan. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan makan malam ini, sila berjumpa dengan wakil PMFSSK secara terus di foyer FSSK, berhadapan dengan surau.

Friday, March 27, 2009

Malam Emas Tradisi Abadi FSSK 09


Salam sejahtera kepada semua mahasiswa fakulti sains sosial dan kemanusiaan. Pihak PMFSSK telah melakukan perubahan pada tarikh dan harga bayaran majlis makan malam 'Malam Emas Tradisi Abadi FSSK'. Antara perubahan tersebut adalah seperti yang berikut :

TARIKH : 8 APRIL 2009
BAYARAN : RM 23.00
HUBUNGI SAUDARI AZUREEN: 0179634705 UNTUK PENDAFTARAN

Pengangkutan disediakan bagi yang tiada kenderaan
Meja pendaftaran dibuka di hadapan surau FSSK dan di PPBL(setiap hari )
Pihak PMFSSK juga telah bercadang untuk memberikan anugerah cemerlang bagi pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang pada semeter lepas. Justeru, kepada mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam pada semester lepas, jangan ketinggalan kerana tempat hanya terhad untuk 100 orang sahaja.
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 1 APRIL 2009
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan majlis makan malam ini, sila lampirkan soalan ada di kotak 'comment box' yang ada dibawah post ini

Kempen 'Jom Kenali Talasemia'


Kempen yang berlangsung pada 24 Mac 2008 ini telah diadakan dihadapan Dataran Pusanika bermotifkan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya warga UKM agar lebih peka terhadap penyakit Talasemia ini.
Program yang berlangsung sehingga jam 5 petang ini merupakan koloborasi antara pihak UKM Bangi dan juga pusat rawatan HUKM di Cheras. Pihak HUKM juga telah mengambil 300 sampel darah warga UKM Bangi untuk diuji sama ada mereka membawa gen talasemia atau tidak.
Terdapat beberapa info yang ingin pihak PMFSSK kongsikan antaranya kepada warga FSSK yang merupakan penduduk kepulauan Borneo (Sabah dan Sarawak), kebarangkalian mereka yang lahir disana berpontensi untuk mendapat penyakit ini lebih tinggi berbanding daripada warga Malaysia yang berada di semenanjung.
Pihak PMFSSK menyeru kepada semua warga UKM khususnya siswa/i FSSK agar melakukan ujian talasemia di klinik-klinik berhampiran sebagai langkah berjaga-jaga.

Wednesday, March 25, 2009

Penambahbaikan Pejabat PMFSSK

Alhamdulillhah, Pejabat PMFSSK sedang dibuat penambahbaikan oleh pihak Kedekanan PMFSSK. Penambahbaikan ini sebenarnya, sudah mula diperjuangkan ketika PMFSSK dipimpin olah mantan presiden yang lalu, Saudara Ahmad Afeeq Bin Roslan. Namun, proses itu baru bermula pada sesi ini.

Penambahbaikan ini sebagai lambang keprihatinan pihak Kedekanan FSSK terhadap keselesaan untuk PMFSSK menguruskan aktiviti dan pentadbirannya. Untuk makluman rakan-rakan, Pejabat PMFSSK bukan hanya sebagai suatu tempat untuk Pemegang Amanah PMFSSK beraktiviti, namun ianya terbuka luas untuk rakan-rakan mahasiswa/i FSSK melakukan aktiviti masing-masing seperti kumpulan perbincangan dan rujukan nota di bilik sumber PMFSSK.

Bilik mesyuarat PMFSSK sentiasa terbuka untuk digunakan oleh mahasiswa/i FSSK bagi aktiviti perbincangan dan mesyuarat bagi kelab-kelab di FSSK. Pusat Sumber PMFSSK pula mempunyai pelbagai koleksi buku, jurnal dan yang menariknya, nota-nota pelajar yang senior untuk rakan-rakan rujuk. Pejabat PMFSSK adalah hak semua pelajar FSSK. Manfaatkan pejabat kita.

Diharap, dengan persekitaran pejabat yang semakin baik ini akan mampu menarik perhatian lebih ramai mahasiswa/i FSSK ke pejabat PMFSSK.

Bengkel Kebolehpasaran Pelajar 2009


Pada 21 dan 22 Mac yang lalu, Pejabat Hubungan Industri, UKM, telah mengadakan Bengkel Kebolehpasaran Pelajar di Dewan Gemilang, UKM. Program khusus untuk gugusan Sastera dan Sains Sosial ini telah dipenuhi dengan pelbagai sesi taklimat dan penerangan daripada pihak industri bagi mempertingkatkan kebolehpasaran bakal-bakal graduan gugusan Sastera dan Sains Sosial khususnya dan graduan UKM amnya.


Bengkel dua hari ini turut disertai oleh rakan-rakan PMFSSK sebagai urusetia. Bermula pada hari Jumaat, 20 Mac 2009, persiapan sebelum seminar telah dilakukan oleh Pejabat Hubungan Industri dengan kerjasama PMFSSK. Pada 21 dan 22 Mac, rakan-rakan PMFSSK turut sama membantu Pejabat Hubungan Industri bagi melicinkan program ini. Semoga rakan-rakan PMFSSK terus menyokong program-program bersifat kesukarelaan dan moga kita semua beroleh manfaat daripada program dua hari tersebut.
"IKHLAS BERBAKTI"

Wednesday, March 18, 2009

Kempen Penggunaan IT secara Berhemah





'Gunakan IT secara berhemah' itulah terma penting yang ditekankan dalam pameran Kempen Penggunaan Internet Secara berhemah. Berlangsung dihadapan dataran Dewan Kuliah 3B-301, pameran tersebut telah menarik minat semua mahasiswa/i yang melalui di kawasan kempen tersebut. Kempen yang diadakan dengan kerjasama KTAK dan MOSTI ini diserikan lagi dengan
kehadiran Krew ERA Avanza

Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh pelaksana program kempen tersebut, ataranya ialah soalan kuiz sebanyak 3 soalan yang diberikan secara berasingan, forum penggunaan internet secara berhemah dan pertandingan 'Typing Speed'. Selain itu, cabutan nombor bertuah turut di adakan dan kedua-dua pemenang cabutan tersebut merupakan pelajar Komunikasi dan Dasar Awam tahun 1.

Walaupun pameran kempen tersebut diadakan hanya pada satu hari, namun ia telah memberi banyak info kepada pengunjung yang menghadiri program tersebut. Kami di pihak warga kerja PMFSSK mengucapkan sekalung tahniah kepada pelajar tahun akhir Komunikasi dan Dasar Awam di atas kejayaan kempen tersebut.