Saturday, August 8, 2009

Nota Pendek Presiden

Mahasiswa ialah aset masyarakat. Mahasiswa bukan hanya perlu belajar untuk kepentingan diri, tetapi harus juga belajar untuk kepentingan masyarakat. Keinsafan ini harus timbul didalam diri semua mahasiswa. Tugas memimpin masyarakat pasti bermula ketika seseorang rakyat itu berada diusia muda dan dalam usia muda ini, yang paling menonjol pastilah golongan cerdik pandai di kampus yang digelar mahasiswa.

Jika kita sedar, golongan yang menyara kita di kampus sebenarnya ialah masyarakat itu sendiri. Duit-duit cukai yang dikutip dari rakyat yang bergelar doktor, nelayan, petani, tentera, jurutera dan banyak lagi itu, sedikit sebanyak pasti digunakan oleh kerajaan untuk membangunkan sektor pengajian tinggi negara. Hasil langsung dari hal ini pastilah diterima oleh mahasiswa itu sendiri. Justeru harus diingat. Wang rakyat harus dimanfaatkan untuk rakyat juga. Jangan kita di kampus ini bersifat penting diri. Hanya belajar, tetapi rakyat yang miskin tidak dibela, rakyat yang dizalimi tidak dipeduli, rakyat yang lemah dipandang sepi.

Justeru, mari kita berubah, mari kita mula mengambil tahu soal kepentingan orang lain, melebihi kita mengambil tahu kepentingan diri sendiri. Sesungguhnya, negara yang mempunyai mahasiswa yang pasif daan lemah daya sensitivitinya terhadap masalah masyarakat, adalah negara yang sedang menuju kearah kebejatan nilai kemanusiaan yang teruk. Ayuh bertindak sebagai jurubela masyarakat.

Salam Hormat,

Mohd Adib Akmal.



TIPS UTK HILANGKAN STRESS

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan
tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakandiri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solatsunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayannya.

SEKRETARIAT PEMBANGUNAN & INFRASTRUKTUR

Thursday, August 6, 2009

5 cara nak belajar

1- Secara berterusan - seseorang yang ingin belajar mestilah belajar secara berterusan. Tidak boleh hanya sekerat jalan ibarat kata pepatah melayu " BAGAI MELEPASKAN BATUK DITANGGA".

2- Tidak berada ditempat yang dia tinggal- seboleh-bolehnya, mereka perlulah berhijrah dari tempat mereka tinggal agar mereka tidak akan alpa dengan tugasan mereka. Semakin jauh semakin baik.

3- Mesti miskin- jika mereka adalah orang kaya mereka tidak akan merasai nikmat menjadi seorang pelajar kerana mereka akan selalu merasa senang dan tidak tahu erti kesusahan yang perlu ditempuhi.

4- Mesti bodoh- semakin banyak yang kita belajar semakin banyak benda yang kita tidak tahu. jika seseorang itu merasa mereka telah pandai, mereka tidak akan berusaha untuk belajar lagi dan mereka akan menjadi semakin tidak pandai.

5- Grunya mesti pandai-jangan sesekali menuntut dengan mereka yang telah diketahui akan kebodohannya dan terpesong ajarannya.


sekretariat akademik, latihan dan kepimpinan

Untuk adik-adik tahun satu..

Untuk adik-adik PMFSSK tahun satu yang mendaftar keahlian rasmi PMFSSK..

Pada 16 Ogos 2009(Ahad)
Jam 8.30 pagi-2.00 petang
Di DK3B 301 FSSK

Hari Interaksi PMFSSK bersama adik-adik tahun 1
akan diadakan.

Apa yang adik-adik akan dapat jika hadir?

-Kad Keahlian PMFSSK
-Peluang berorganisasi didalam PMFSSK
-Sijil Penyertaan

Kepada adik-adik PMFSSK yang mendaftar..ada diwajibkan hadir untuk pemilihan AJK Sekretariat PMFSSK..

Pengangkutan dan makanan disediakan..
Jumpa nanti ya!!

Perhatian!!

Tarikh Cadangan: 14 Ogos 2009
Tempat Cadangan : DK 3F203 FSSK
Jam:8 Malam

Bakal menemui anda!!
Majlis Tayangan Filem PMFSSK
sempena ulang tahun kemerdekaan negara kali ke-52

Menampilkan filem hebat..
LEFTENAN ADNAN

Ayuh datang beramai-ramai..
Masuk adalah percuma!!

Cabutan bertuah disediakan..
Hadiah ditaja oleh ForumCyber.com dan PMFSSK..

JUMPA DISANA!!!

Jom Ke Bilik Sumber PMFSSK..

Bilik Sumber PMFSSK terletak didalam Bilik Mesyuarat PMFSSK. Anda sebagai Mahasiswa dan Mahasiswi FSSK adalah dijemput untuk memanfaatkan kepustakaan ilmu yang tersedia di Bilik Sumber PMFSSK. Antara koleksi bahan yang terdapat di Bilik Sumber PMFSSK ialah:-

1-Koleksi buku-buku Akademik dari pelbagai disiplin di FSSK.
2-Koleksi buku Pengajian Jarak Jauh (PJJ).
3-Koleksi pelbagai terbitan jurnal yang berkaitan dengan disiplin akademik di FSSK.
4-Rujukan berkenaan Fakulti dan UKM (Senarai penyelidikan FSSK dan UKM, Laporan Tahunan UKM, Buku Panduan Prasiswazah FSSK, dan sebagainya).
5-Koleksi nota-nota kuliah dan esei terdahulu.
6-Koleksi majalah Universiti Kebangsaan Malaysia (Majalah Aspirasi).
7-Biografi dan Autobiografi tokoh-tokoh.
8-Koleksi majalah umum.
9-Koleksi ensiklopedia.
10-Dan pelbagai lagi sumber rujukan yang tidak berkategori.

Ayuh!! apa tunggu lagi? bahan rujukan yang pelbagai sedang menanti anda di Bilik Sumber PMFSSK. Manfaatkan peluang ini. Mungkin bahan yang anda cari rupanya berada di sebuah bilik kecil di Pejabat PMFSSK!!.

Nota:
-Bilik Sumber dibuka pada setiap hari kuliah, jam 10 pagi hingga 5 petang.
-Segala bahan di Bilik Sumber tidak boleh dipinjam (anda dibenarkan membuat sainan fotokopi di kedai komputer berdekatan Pejabat PMFSSK).
-Bilik Mesyuarat PMFSSK sentiasa terbuka untuk semua aktiviti akademik.

Sekian.