Wednesday, March 25, 2009

Bengkel Kebolehpasaran Pelajar 2009


Pada 21 dan 22 Mac yang lalu, Pejabat Hubungan Industri, UKM, telah mengadakan Bengkel Kebolehpasaran Pelajar di Dewan Gemilang, UKM. Program khusus untuk gugusan Sastera dan Sains Sosial ini telah dipenuhi dengan pelbagai sesi taklimat dan penerangan daripada pihak industri bagi mempertingkatkan kebolehpasaran bakal-bakal graduan gugusan Sastera dan Sains Sosial khususnya dan graduan UKM amnya.


Bengkel dua hari ini turut disertai oleh rakan-rakan PMFSSK sebagai urusetia. Bermula pada hari Jumaat, 20 Mac 2009, persiapan sebelum seminar telah dilakukan oleh Pejabat Hubungan Industri dengan kerjasama PMFSSK. Pada 21 dan 22 Mac, rakan-rakan PMFSSK turut sama membantu Pejabat Hubungan Industri bagi melicinkan program ini. Semoga rakan-rakan PMFSSK terus menyokong program-program bersifat kesukarelaan dan moga kita semua beroleh manfaat daripada program dua hari tersebut.
"IKHLAS BERBAKTI"

Wednesday, March 18, 2009

Kempen Penggunaan IT secara Berhemah





'Gunakan IT secara berhemah' itulah terma penting yang ditekankan dalam pameran Kempen Penggunaan Internet Secara berhemah. Berlangsung dihadapan dataran Dewan Kuliah 3B-301, pameran tersebut telah menarik minat semua mahasiswa/i yang melalui di kawasan kempen tersebut. Kempen yang diadakan dengan kerjasama KTAK dan MOSTI ini diserikan lagi dengan
kehadiran Krew ERA Avanza

Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh pelaksana program kempen tersebut, ataranya ialah soalan kuiz sebanyak 3 soalan yang diberikan secara berasingan, forum penggunaan internet secara berhemah dan pertandingan 'Typing Speed'. Selain itu, cabutan nombor bertuah turut di adakan dan kedua-dua pemenang cabutan tersebut merupakan pelajar Komunikasi dan Dasar Awam tahun 1.

Walaupun pameran kempen tersebut diadakan hanya pada satu hari, namun ia telah memberi banyak info kepada pengunjung yang menghadiri program tersebut. Kami di pihak warga kerja PMFSSK mengucapkan sekalung tahniah kepada pelajar tahun akhir Komunikasi dan Dasar Awam di atas kejayaan kempen tersebut.

Monday, March 16, 2009

Meeting PMFSSK kali ke-3

Pada petang 16 Mac (selasa) telah di adakan mesyuarat mingguan PMFSSK di bilik aktiviti PMFSSK. Meting tersebut membincangkan mengenai soal tugasan EXCO serta masalah-masalah yang berbangkit


Sensasi kekusyukkan melanda setiap ahli

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh wakil EXCO setiap bahagian kecuali bahagian Tugas-tugas khas. Meting tersebut dipengerusikan oleh tetuan speaker, Sdr. Naim (sebelah kiri sdr Adib). Pengerusi PMFSSK, Sdr Adib turut membangkitkan dalam meting tersebut mengenai isu tugasan oleh setiap EXCO dan juga mengenai majlis makan malam. Walau bagaimanapun, akibat kesuntukan masa, meting berkenaan majlis makan malam di bawa pada Jumaat ini. Mesyuarat berakhir pada jam 6.50 ptg

Karnival ICT anjuran MENTION(komunikasi dan dasar awam)

Pada 17 Mac ( Selasa), pelajar Dasar Awam FSSK akan mengadakan program 'Kenali ICT' berhadapan dengan dewan kuliah DK 3B301. Pelbagai aktivit menarik telah disediakan untuk para pengunjung antaranya kuiz dan sesi bertemu dengan SKUAD AVANZA ERA. Pelbagai hadiah menarik juga telah disediakan untuk mereka yang bertuah. Datang, jangan tak datang ok!!

Sunday, March 8, 2009

PMFSSK Dekat Dihati




Rakan-rakan MT dan Exco PMFSSK sesi lepas (2008/2009). Kenangan kita bersama selama 1 sesi membangunkan PMFSSK tidak dapat dilupakan. Susah senang, kita redah bersama. Semoga ukhuwah antara kita akan terus terpelihara.

Kepada mantan-mantan PMFSSK, terima kasih kerana berkerja bersama PMFSSK ketika memegang jawatan dahulu. Kepada MT dan Exco PMFSSK sesi lepas yang masih memegang jawatan pada sesi ini, ayuh, kita terus perkasakan PMFSSK. Kita buktikan, elemen ceria PMFSSK tidak menjadi penghalang untuk kita berkerja dengan cemerlang.

Friday, March 6, 2009

SEHARI SEBAGAI OKU





Menyelami kehidupan sebagai OKU amat memeritkan. Baru-baru ini, wakil PMFSSK bersama Puan Syikin telah mengadakan satu penyelidikan disamping menyelami perasaan sebagai OKU.
Tanggal 4 Mac 2009, wakil dari PMFSSK telah mengkaji adakah infrastruktur bangunan di FSSK mesra OKU atau tidak. Hasil kajian yang telah dijalankan mendapati banyak infrastruktur di FSSK perlu diperbaiki antaranya seperti lif yang perlu diperbesarkan dan mengurangkan halangan-halangan yang ada di sekeliling FSSK. Tempat kajian meliputi FSSK dan juga PPBL.

HARI INDUKSI PMFSSK 2009




28 Feb dan 1 Mac 2009, Sekretariat Akademik, Latihan dan Kepimpinan telah menganjurkan satu program iaitu Hari Induksi PMFSSK 2009. Program ini diadakan di LObi PMFSSK dan DK3F202 bermula pukul 8 pagi hingga 6.30 petang.Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan diantara semua MT, Exco dan Ahli PMFSSK serta untuk memberi pendedahan kepada semua yang terlibat tentang peranan sebagai seorang pemimpin. Pelbagai aktiviti dan LDK telah dijalankan ketika program ini berlangsung. AJK pelaksana berharap agar program ini mampu memberi kesan yang mendalam dalam diri semua yang terlibat semoga ikatan yang terjalin akan berkekalan selama-lamanya.Terima kasih.