Friday, July 23, 2010
Penyerahan Buku Akuan Amanah Saham Satu Malaysia (ASIM)
PENYERAHAN BUKU AKUAN AMANAH SAHAM SATU MALAYSIA (ASIM) KEPADA PELAJAR TAHUN 1 SESI 2009/2010 BAGI KAMPUS BANGI, UKMKL & PPUKM. UKM BANGI: 26 &27 JULAI 10,8.30 PG HINGGA 4.30 PETANG, BILIK TEMUDUGA, UKP, JPPeL, PUSANIKA,UKM. UKMKL & PPUKM 4&5 OGOS 10, 8.30 PG HINGGA 4.30 PETANG, RUANG LEGAR,TINGKAT 1... BLOK E (TIBE) UKMKL.
Sunday, July 18, 2010
NOTA BUAT ADIK-ADIK FSSK. :)
PERUTUSAN PRESIDEN
BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM 1MALAYSIA.
Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru yang telahpun melangkah ke alam universiti. Tahniah dan syabas kepada anda semua kerana berjaya menempatkan diri di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Harus diingatkan bahawa anda kini berada di alam universiti dan bukan lagi di alam persekolahan. Perlulah anda belajar untuk berdikari dalam setiap aspek kehidupan agar dapat mengejar impian dan harapan yang diamanahkan oleh keluarga. Selain sesi pembelajaran formal, kepentingan ‘bermasyarakat’ wajar dipupuk dan berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran insaniah yang sedia ada dalam diri melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh semua pihak sama ada PMFSSK sendiri mahupun kelab-kelab pusat pengajian.
Akhir kata, saya berharap agar kita semua selaku mahasiswa/i Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan mampu bekerjasama dalam membangunkan dan memantapkan lagi FSSK agar terus cemerlang dan gemilang. Selaku presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (PMFSSK), saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Kedekanan FSSK, barisan kepimpinan PMFSSK dan warga FSSK kerana memberi sepenuh keyakinan dan kerjasama sepanjang menjadi warga FSSK. Saya juga ingin memohon maaf andai sepanjang kepimpinan PMFSSK sesi 2010/2011 ini, terdapat kekurangan dan kelemahan dari pihak kami. Pihak kami mengalu-alukan cadangan dan komen bernas anda ke e-mel PMFSSK di www.pmfssk-ukm.com.
Sekian, wassalam.
Rashida Nurul Shahida Abdullah