
Tuesday, December 29, 2009
Monday, December 21, 2009
SELAMAT KEMBALI
Sunday, October 18, 2009
KEMBARA VARSITI
ALHAMDULLILLAH, PADA 2-4 OKT 2009 YANG LEPAS, PMFSSK MELALUI SEKRETARIAT AKADEMIK, LATIHAN DAN KEPIMPINAN TELAH MENGADAKAN SATU PROGRAM MOTIVASI SEKOLAH YANG DIPANGGIL KEMBARA VARSITI BERTEMPAT DI SEK MEN KEB TEMIN, JERANTUT PAHANG. PROGRAM YANG BERLANGSUNG SELAMA 3 HARI 2 MALAM INI TELAH MENUTUP TIRAI TENGAH HARI 4 OKT 2009 YANG DIRASMIKAN OLEH EN SUKI IAITU GURU PENOLONG KANAN SEK MEN KEB TEMIN.
PROGRAM INI TELAH MELIBATKAN 74 PELAJAR TINGKATAN 6 BAWAH, 19 AHLI PMFSSK DAN 2 ORANG PEMANTAU YANG MERUPAKAN ALUMNI PMFSSK. ALHAMDULLILLAH, PROGRAM TELAH BERJALAN SEPERTI YANG DIRANCANGKAN DAN TELAH MENDAPAT SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN DARI PARA PELAJAR SEKOLAH TERSEBUT.
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI DAN JASA ANDA SEMUA AKAN DIKENANG SELAMANYA, INSYAALLAH.
SELAIN ITU JUGA, INSYA ALLAH, PROGRAM INI AKAN DITERUSKAN PADA SEM DEPAN DIMANA PARA PELAJAR TERSEBUT AKAN DATANG UNTUK MERASAI KEHIDUPAN DI ALAM UNIVERSITI. SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI PROGRAM TERSEBUT PADA SEMESTER DEPAN, PASTIKAN ANDA SEMUA PEKA PADA IKLAN DAN POSTER YANG DITAMPAL SELAIN DI DIGITAL BOARD FSSK.
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN
WARGA PMFSSK MENGUCAPKAN SELAMAT MENEMPUH ALAM PEPERIKSAAN..
SEMOGA BERJAYA DAN JUJURLAH PADA DIRI SENDIRI
MULAKAN DENGAN BISMILLAH DAN AKHIRILAH DENGAN ALHAMDULLILLAH
SELAMAT MAJU JAYA
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Thursday, October 8, 2009
PENGESAHAN KOLEJ KEDIAMAN
PENDAFTARAN AWAL KURSUS SEM 2
2. Sebelum Pendaftaran Awal dibuat semua pelajar adalah disyaratkan membuat penilaian pengajaran kursus yang diambil pada semester semasa melalui laman web yang sama mulai 21 September, 2009
3. Pendaftaran Awal Kursus Semester 2 Sesi Akademik 2009-2010 akan diadakan pada 12 – 25 Oktober, 2009 (2 minggu) melalui laman web
http:www.ukm.my/smpweb
4. Pendaftaran Awal adalah diwajibkan kepada semua pelajar program Ijazah Pertama KECUALI pelajar Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian.Pelajar yang tidak membuat Pendaftaran Awal hanya dibenarkan membuat Pendaftaran Kursus Semester 2 Sesi Akademik 2009-2010 pada 21 Disember, 2009
5. Semakan keputusan pemilihan Pendaftaran Awal kursus boleh dilakukan mulai 16 November, 2009
Tuesday, September 15, 2009
Monday, September 14, 2009
PERHATIAN!!!!!!
Tarikh : 2-4 Oktober 2009 ( Jumaat-Ahad)
Tempat: Sek Men Keb Temin, Jerantut Pahang.
Masa : 11.30 pagi ( bertolak dari UKM)
Oleh itu, bagi semua yang terlibat pastikan anda menepati masa seperti yang telah ditetapkan. Mari lah kita berdoa agar program ini akan berjalan seperti yang dirancangkan dengan jayanya i'Allah dengan izin Yang MAha Esa.
Sebarang pertanyaan hubungi
Rashida 0148394181/0179522027
Naim 0132125274/0176130567
Sunday, September 13, 2009
TOT..
Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan kepimpinan dan kawan-kawan yang sama-sama telah menjayakan Kursus Asas Fasilitator yang telah diadakan di D'Lepoh Chalet, Hulu Langat selangor pada 12-13 Sept 2009. Terima kasih diatas kerjasama yang telah anda semua hulurkan sepanjang program ini berlangsung.
tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberikan asas kepada mereka yang terlibat sebagai fasilitator dan menimba sebanyak mungkin ilmu mengenai seorang fasilitator yang berjaya. Ini merupakan bekalan kepada mereka yang akan berkongsi ilmu bagi program Motivasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Temin, Jerantut pahang.
pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk menghasilkan modul bagi Program Motivasi yang bakal dijalankan. ini adalah untuk memberikan dan berkongsi serba sedikit pengalaman kepada bakal fasi yang akan terlibat. bersamalah kita manfaatkan segala ilmu yang telah dicurahkan untuk masa depan kita semua.
Pergi ke Mydin naik teksi,
Teksi dipandu oleh pak hadi,
D'Lepoj Chalet menjadi saksi,
suatu kenangan kekal abadi.
Wassalam..
muzium negara dan kesenian islam
Alhamdullillah, baru-baru ini, pmfssk melalui Naib Presiden 2 iaitu saudara Muhammad Nain telah menganjurkan satu program lawatan ke Muzium Negara dan Muzium Kesenian Islam..Sangat menarik dan kami dapat menimba banyak pengetahuan yang sebelum ini hanya sekadar imaginasi sahaja. Semasa di Muzium negara, kami dapat melihat pelbagai barang-barang lama yang menjadi kebanggaan masyarakat dahulu kala. Ada yang tidak pernah dilihat oleh anak muda seperti kita di zaman sekarang dan hanya wujud di zaman purba kala.
Di Muzium Kesenian Islam, kami dapat lihat Pelbagai khazanah lama yang kebanyakannya berasal dari dinasti Ming. terdapat duit yang diguna oleh para pedagang Islam zaman dahulu. zaman dahulu, Al-Quran telah ditulis dan dibukukan mengikut juzu' masing-masing dan terdapat 30 buah al-quran yang mewkili setiap juzu' tersebut. Terdapat juga bilik tamu yang mempunyai ukiran yang sgt menarik dan menurut pekerja di sana dinding bilik tamu itu asli dan datang dari sebuah negara Islam. Terdapat juga replika2 Masjid2 yang terdapat diseluruh dunia.
tahniah dan terima kasih kepada mereka yang terlibat.
Thursday, September 10, 2009
Wednesday, September 2, 2009


Saturday, August 29, 2009
Nota Pendek Presiden
Perjuangan anak watan tanah ini menuntut kebebasan dari penjajah sudah berlangsung sebegitu lama. Ia mulanya dipelopori oleh masyarakat tradisional kemudian disambung oleh pejuang-pejuang yang lebih moden. Apabila masyarakat ketika itu sudah mula punyai semangat nasionalisme, ramai pejuang telah muncul untuk memperjuangkan kemerdekaan negara.Mereka ini terdiri dari pelbagai latar belakang dan falsafah perjuangan. Namun, hal itu tidak menjadi penghalang untuk mereka meneruskan perjuangan untuk bebas daripada penjajahan sehingga Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.
Hari ini, kita hanya gemar melihat versi rasmi sejarah kemerdekaan negara. Kita hanya membaca buku teks sekolah untuk memahami proses perjuangan menuntut kemerdekaan. Kita tidak meneroka buku-buku sejarah yang lain untuk maksud itu. Kita tidak sedar kita telah menerima suatu pensejarahan yang tidak cukup sifatnya. Ini memudahkan pemain-pemain politik mencucukkan jarum mereka. Hasilnya kita terpedaya, kita mudah takut kerana tidak faham sejarah, kita mudah marah kerana tidak faham sejarah, kita mudah berprasangka kerana tidak faham sejarah. Kita mudah membenci kerana kita tidak mengetahui hakikat yang berlaku. Akhirnya kita menjadi warganegara yang tidak cerdik.
Penulisan sejarah yang tidak menyeluruh berkenaan kemerdekaan negara kita amat ketara. Tokoh-tokoh aliran kiri diburukkan dengan sebegitu rancak. Idea dan hasrat mereka yang sebenar diputar belitkan. Imej mereka dihitamkan supaya masyarakat Malaysia yang hidup pada hari ini dibuai dengan versi yang ‘menyenangkan hati’. Ini suatu kebaculan akademik. Kita sedang membutakan mata generasi yang lebih muda dengan tulisan-tulisan propaganda murahan. Yang merugikan disembunyikan, yang memberi untung dijelmakan sehabis mungkin.
Oleh itu, golongan muda harus menerokai ilmu. Kita jangan ghairah untuk memahami sejarah kemerdekaan ini hanya dalam tempoh satu jam forum kemerdekaan negara berlangsung di musim merdeka. Penerokaan ini harus berlangsung setiap masa supaya kita menjadi warga yang celik dan rasional. Jangan kita ghairah memacakkan bendera negara, tetapi kita kosong dari segi pengisiannya. Ya, generasi muda ramai yang menjulang bendera negara dimusim merdeka ini, tetapi tidak ramai yang ‘berisi’.
Selamat Hari Kebangsaan Ke-52
Wednesday, August 26, 2009
10 RAHSIA UNTUK HIDUP INDAH
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.
2. RESPECT
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let’s get do it.
3. BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.
4. BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.
5. FORGIVENEES
Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.
6. BERBAGI
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berbagi. Berbagi apa saja, curhat sama teman, berbagi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.
7. KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.
8. KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.
9. KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka
10. KEDAMAIAN
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal
sumber: http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2008/06/10-rahsia-untuk-hidup-indah.html
Tuesday, August 25, 2009
Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :
1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.
2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."
Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi
3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :
"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).
Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."
Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi
5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.
Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "
Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.
Friday, August 21, 2009
Thursday, August 20, 2009
Nota Pendek Presiden
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.
Hadis diatas menerangkan kepada kita betapa besarnya rahmat Allah kepada kita, umat Rasulullah S.A.W. yang bakal sekali lagi menyambut Ramadhan yang penuh barakah ini. Didalam bulan yang mulia ini, Allah S.W.T akan membuka pintu-pintu syurga yakni membuka seluas-luasnya peluang untuk kita yang masih punyai ‘umur’ ini memiliki pahala yang mungkin dipandang mudah pada bulan-bulan yang lain. Justeru, di bulan ini, kawallah nafsu dan segala sikap buruk yang sudah menjadi tradisi. Ayuh kita jadikan Ramadhan kali ini sebagai titik perubahan. Rebutlah kemanisan ibadah. Carilah pahala. Carilah syurga.
Juga ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan laknatullah telah dirantai sepanjang bulan yang mulia ini. Apa yang selalu disebut oleh ustaz saya ketika belajar di kelas KAFA di Kedah, “Setan memang dah dirantai..tapi kalau dalam hati hangpa masih ada sarang dia..sama ja la..bulan posa ka dak..”. Saya kira, siapa yang pernah mengikuti kelas fardhu ain di sekolah rendah dahulu, pasti akan diingatkan tentang hakikat ini. Ya, itulah realitinya, walaupun syaitan sudah tiada untuk sementara ketika Ramadhan menunjukkan wajahnya, secara tidak sedar ramai sebenarnya terus menyambung tugas syaitan itu sendiri. Seharusnya kita kawal diri, keluarga dan masyarakat kita daripada terus menjalankan kerja-kerja syaitan. Hormati bulan yang Allah beri khusus kepada kita ini.
Cukuplah sekadar itu, saya mewakili semua rakan-rakan kepimpinan PMFSSK mengucapkan selamat memanfaatkan bulan barakah ini. Jangan sekadar berpuasa, tetapi manfaatkan bulan ini untuk memulakan proses membaiki diri untuk hari ini dan masa hadapan. Segala salah dan silap saya dan rakan kepimpinan PMFSSK mohon dimaafkan.
Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.
Tuesday, August 18, 2009
HARI INTERAKSI PMFSSK
HARI AHAD YANG LALU BERLANGSUNGNYA PROGRAM HARI INTERAKSI SEMPENA MENYAMBUT KEDATANGAN ADIK2 TAHUN 1 DISAMPING UNTUK MEMPERKENALKAN MEREKA DENGAN PMFSSK..MEREKA TELAH DIAGIHKAN MENGIKUT SEKRETARIAT YANG MEREKA PILIH SEMASA SESI PENDAFTARAN PERSATUAN DIADAKAN..
PELBAGAI AKTIVITI TELAH DIADAKAN PADA HARI BERKENAAN.PROGRAM TELAH DIMULAKAN DENGAN MAJLIS PERASMIAN OLEH YBHG PROF. DR. ZAHARANI BIN AHMAD SELAKU PENASIHAT PERSATUAN.
SELEPAS ITU, MAJLIS DITERUSKAN SESI MEMPERKENALKAN BARISAN KEPIMPINAN PMFSSK DIBAWAH PIMPINAN SAUDARA MOHD ADIB AKMAL B AHMAD SHATIR.
SEDIKIT PERMAINAN JUGA TELAH DISEDIAKAN UNTUK ADIK2 BAGI MENGUJI MEREKA.PELBAGAI TELATAH DAN KERENAH DAPAT DILIHAT KETIKA SESI INI BERLANGSUNG.MEREKA SALING BERTANDING UNTUK MENJADI PEMENANG.
AKHIR SEKALI SESI PEMILIHAN KETUA MENGIKUT PUSAT DAN WAKIL TAHUN SATU TELAH DIPILIH. SAUDARA IZZAT AMIR TELAH DIPILIH SEBAGAI KETUA PELAJAR TAHUN SATU.SELEPAS ITU, MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PENYERAHAN KAD KEAHLIAN KEPADA SEMUA AHLI TAHUN 1 DAN JUGA SIJIL PENYERTAAN.ALHAMDULLILLAH, MAJLIS BERAKHIR DENGAN IZIN YANG MAHA ESA.KEPADA ADIK2 TAHUN 1 YANG DATANG, TERIMA KASIH DIUCAPKAN. DIHARAP HUBUNGAN YANG DIBINA AKAN BERKEKALAN.
ciri-ciri pelajar cemerlang
1. Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'
2. Jangan bersikap pesimistik
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.
3. Kesedaran memikul tanggungjawab
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.
4. Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.
NEXT TIP WILL COMING SOON...
sekretariat A, L & K
Saturday, August 8, 2009
Nota Pendek Presiden
TIPS UTK HILANGKAN STRESS
tekanan hidup. Antaranya ialah :
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakandiri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solatsunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayannya.
Thursday, August 6, 2009
5 cara nak belajar
2- Tidak berada ditempat yang dia tinggal- seboleh-bolehnya, mereka perlulah berhijrah dari tempat mereka tinggal agar mereka tidak akan alpa dengan tugasan mereka. Semakin jauh semakin baik.
3- Mesti miskin- jika mereka adalah orang kaya mereka tidak akan merasai nikmat menjadi seorang pelajar kerana mereka akan selalu merasa senang dan tidak tahu erti kesusahan yang perlu ditempuhi.
4- Mesti bodoh- semakin banyak yang kita belajar semakin banyak benda yang kita tidak tahu. jika seseorang itu merasa mereka telah pandai, mereka tidak akan berusaha untuk belajar lagi dan mereka akan menjadi semakin tidak pandai.
5- Grunya mesti pandai-jangan sesekali menuntut dengan mereka yang telah diketahui akan kebodohannya dan terpesong ajarannya.
sekretariat akademik, latihan dan kepimpinan
Untuk adik-adik tahun satu..
Perhatian!!

Jom Ke Bilik Sumber PMFSSK..
Wednesday, August 5, 2009
Wednesday, July 22, 2009
Tuesday, July 21, 2009
SELAMAT DATANG KE FSSK
Monday, April 13, 2009

Friday, April 3, 2009
Malam Emas tradisi Abadi FSSK
Makluman terbaru kepada para mahasiswa/i FSSK, anda boleh menjemput rakan anda dari fakulti lain untuk menyertai makan malam tahunan fakulti dan ia mengikut kekosongan tempat. Para mahasiswa/i digalakkan untuk memakai pakaian yang bersesuaian dengan tema dan sopan. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan makan malam ini, sila berjumpa dengan wakil PMFSSK secara terus di foyer FSSK, berhadapan dengan surau.
Friday, March 27, 2009
Malam Emas Tradisi Abadi FSSK 09

TARIKH : 8 APRIL 2009
BAYARAN : RM 23.00
HUBUNGI SAUDARI AZUREEN: 0179634705 UNTUK PENDAFTARAN
Pengangkutan disediakan bagi yang tiada kenderaan
Meja pendaftaran dibuka di hadapan surau FSSK dan di PPBL(setiap hari )
Pihak PMFSSK juga telah bercadang untuk memberikan anugerah cemerlang bagi pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang pada semeter lepas. Justeru, kepada mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam pada semester lepas, jangan ketinggalan kerana tempat hanya terhad untuk 100 orang sahaja.
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 1 APRIL 2009
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan majlis makan malam ini, sila lampirkan soalan ada di kotak 'comment box' yang ada dibawah post ini
Kempen 'Jom Kenali Talasemia'
Wednesday, March 25, 2009
Penambahbaikan Pejabat PMFSSK
Penambahbaikan ini sebagai lambang keprihatinan pihak Kedekanan FSSK terhadap keselesaan untuk PMFSSK menguruskan aktiviti dan pentadbirannya. Untuk makluman rakan-rakan, Pejabat PMFSSK bukan hanya sebagai suatu tempat untuk Pemegang Amanah PMFSSK beraktiviti, namun ianya terbuka luas untuk rakan-rakan mahasiswa/i FSSK melakukan aktiviti masing-masing seperti kumpulan perbincangan dan rujukan nota di bilik sumber PMFSSK.
Bilik mesyuarat PMFSSK sentiasa terbuka untuk digunakan oleh mahasiswa/i FSSK bagi aktiviti perbincangan dan mesyuarat bagi kelab-kelab di FSSK. Pusat Sumber PMFSSK pula mempunyai pelbagai koleksi buku, jurnal dan yang menariknya, nota-nota pelajar yang senior untuk rakan-rakan rujuk. Pejabat PMFSSK adalah hak semua pelajar FSSK. Manfaatkan pejabat kita.
Diharap, dengan persekitaran pejabat yang semakin baik ini akan mampu menarik perhatian lebih ramai mahasiswa/i FSSK ke pejabat PMFSSK.
Bengkel Kebolehpasaran Pelajar 2009
Wednesday, March 18, 2009
Kempen Penggunaan IT secara Berhemah
Walaupun pameran kempen tersebut diadakan hanya pada satu hari, namun ia telah memberi banyak info kepada pengunjung yang menghadiri program tersebut. Kami di pihak warga kerja PMFSSK mengucapkan sekalung tahniah kepada pelajar tahun akhir Komunikasi dan Dasar Awam di atas kejayaan kempen tersebut.
Monday, March 16, 2009
Meeting PMFSSK kali ke-3
Sensasi kekusyukkan melanda setiap ahli
Mesyuarat tersebut dihadiri oleh wakil EXCO setiap bahagian kecuali bahagian Tugas-tugas khas. Meting tersebut dipengerusikan oleh tetuan speaker, Sdr. Naim (sebelah kiri sdr Adib). Pengerusi PMFSSK, Sdr Adib turut membangkitkan dalam meting tersebut mengenai isu tugasan oleh setiap EXCO dan juga mengenai majlis makan malam. Walau bagaimanapun, akibat kesuntukan masa, meting berkenaan majlis makan malam di bawa pada Jumaat ini. Mesyuarat berakhir pada jam 6.50 ptg
Karnival ICT anjuran MENTION(komunikasi dan dasar awam)
Sunday, March 8, 2009
PMFSSK Dekat Dihati
Friday, March 6, 2009
SEHARI SEBAGAI OKU
Menyelami kehidupan sebagai OKU amat memeritkan. Baru-baru ini, wakil PMFSSK bersama Puan Syikin telah mengadakan satu penyelidikan disamping menyelami perasaan sebagai OKU.
Tanggal 4 Mac 2009, wakil dari PMFSSK telah mengkaji adakah infrastruktur bangunan di FSSK mesra OKU atau tidak. Hasil kajian yang telah dijalankan mendapati banyak infrastruktur di FSSK perlu diperbaiki antaranya seperti lif yang perlu diperbesarkan dan mengurangkan halangan-halangan yang ada di sekeliling FSSK. Tempat kajian meliputi FSSK dan juga PPBL.
HARI INDUKSI PMFSSK 2009
28 Feb dan 1 Mac 2009, Sekretariat Akademik, Latihan dan Kepimpinan telah menganjurkan satu program iaitu Hari Induksi PMFSSK 2009. Program ini diadakan di LObi PMFSSK dan DK3F202 bermula pukul 8 pagi hingga 6.30 petang.Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan diantara semua MT, Exco dan Ahli PMFSSK serta untuk memberi pendedahan kepada semua yang terlibat tentang peranan sebagai seorang pemimpin. Pelbagai aktiviti dan LDK telah dijalankan ketika program ini berlangsung. AJK pelaksana berharap agar program ini mampu memberi kesan yang mendalam dalam diri semua yang terlibat semoga ikatan yang terjalin akan berkekalan selama-lamanya.Terima kasih.
Tuesday, February 24, 2009
Bengkel Penulisan Esei Ilmiah
Monday, February 23, 2009
ALU-ALUAN PRESIDEN PMFSSK
Alhamdulillah. Segala Puji dan Syukur kepada Allah S.W.T yang memberi kesempatan untuk kita melihat dunia dan segala isi serta cabarannya.
Selawat dan Salam keatas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi idola seluruh dunia.
Saudara dan Saudari, rakan-rakanku sekalian.
Pada masa ini, organisasi PMFSSK telah lengkap. PMFSSK mempunyai 8 orang Ahli Majlis Tertinggi, 10 orang Exco, 10 orang Timbalan Exco yang berganding bahu menguruskan 10 buah Sekretariat dibawah PMFSSK. PMFSSK juga pada sesi 2009/2010 ini telah memperkasakan suatu Sekretariat penting dibawah PMFSSK iaitu PMFSSK FC. Daripada suatu Sekretariat yang lesu dan kurang berperanan pada sesi lepas, dengan organisasi PMFSSK FC sesi ini, saya percaya suara PMFSSK FC akan lebih menyerlah sebagai penghubung para Mahasiswa FSSK dengan kami, Pemegang Amanah PMFSSK. Pada sesi yang lepas, PMFSSK FC dikenali sebagai PRISSMA FC, ianya dikenali sebagai PMFSSK FC pada sesi ini. Pada sesi baru ini, PMFSSK FC telah mempunyai penggerak-penggeraknya yang tersendiri yang dilantik melalui proses temuduga seperti juga temuduga untuk jawatan Exco dan Timbalan Exco.
PMFSSK sebagai sebuah Persatuan Mahasiswa Fakuti yang menjadi persatuan induk kepada Kelab-Kelab Pusat Pengajian nyata mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam mengemudi amanah yang digalas. Dalam hal ini, saya secara peribadi berasa sangat berpuas hati dengan penglibatan rakan-rakan. Pada sesi ini, PMFSSK mempunyai wakil kepimpinan daripada Mahasiswa dan Mahasiswi Pusat Pengajian Bahasa dan Linguitik, FSSK. Pada sesi lepas, PMFSSK tidak mempunyai wakil daripada Pusat Pengajian tersebut, ini merupakan suatu perkembangan yang baik bagi PMFSSK sesi 2009/2010. Begitu juga dengan lain-lain Pusat Pengajian, penyertaan semakin memberangsangkan. Cuma apa yang agak diralatkan ialah penyertaan daripada rakan-rakan bukan Melayu masih kurang. Ternyata masalah pepecahan dan pengkelasan pelajar mengikut persatuan masih menebal di FSSK. Diharapkan rakan-rakan bukan Melayu akan bersama kami nanti.
Pada sesi ini, perancangan program setiap Sekretariat sangat menarik, kebanyakan Sekretariat PMFSSK telah merancang 2 program untuk dilaksanakan oleh Sekretariat masing-masing pada sesi ini, bahkan ada Sekretariat yang merancang sehingga 4 dan 5 program. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Exco dan Timbalan Exco setiap Sekretariat. Apa yang menjadi harapan saya ialah setiap perancangan itu akan direalisasikan oleh setiap Sekretariat supaya perancangan-perancangan itu tidak menjadi seperti manifesto pilihanraya parti politik di Malaysia. Saya sangat mengharapkan rakan-rakan melaksanakan program-program tersebut utuk kebaikan kita semua.
Dari aspek perpaduan, saya menyeru kepada semua Pemegang Amanah PMFSSK, Mahasiswa Mahasiswi FSSK dan pihak pentadbiran FSSK, marilah kita bersama-sama berganding usaha untuk membangunkan PMFSSK kerana PMFSSK adalah persatuan untuk kita dan bersatu untuk memartabatkan lagi FSSK sebagai sebuah institusi pengajian Kemasyarakatan dan Kemanusiaan yang ulung diperingkat Nasional dan Antarabangsa. Masalah perpecahan dan pengkelasan antara persatuan-persatuan di FSSK bagi saya berada pada tahap yang sangat menyedihkan. Perkara ini harus dipandang berat oleh kita warga FSSK kerana persatuan bukan merupakan platfom untuk kita saling mencemuh satu sama lain dan bukan juga sebagai alat untuk kita mengejar publisiti dan persaingan yang tidak sihat. Perpaduan antara semua persatuan FSSK akan memastikan Fakulti akan terus terkehadapan. Amanah dibahu kita.
Kepada rakan-rakan Pemengang Amanah PMFSSK, ingatlah ucapan Saidina Abu Bakar R.A selepas dibaiah sebagai Khalifah Islam yang pertama selepas Kewafatan Rasulullah oleh masyarakat Islam.
"Wahai manusia, aku dilantik memerintah kamu. Aku bukanlah orang yang paling layak daripada kalangan kamu. Jika kamu melihat aku berada di atas jalan yang benar, bantulah aku. Jika aku menyeleweng, maka perbetullah aku."
Amanah merupakan suatu beban yang sangat besar dosanya jika dikhianati. Justeru, jika kita melihat, ramai ulama' silam yang menolak untuk memegang amanah, bahkan ada yang sanggup diseksa semata-mata tidak mahu dibebani dengan amanah yang bakal merosakkan kita jika kita berlaku khianat.
Marilah kita menggalas cabaran ini, membangunkan PMFSSK dan memastikan amanah dibahu kita tidak akan menyusahkan kita di akhirat kelak. Berkerja dengan ikhlas dan penuh rasa sayang kepada Persatuan dan Fakulti.
Sekian Dahulu, Wassalam.
-Mohd Adib Akmal Bin Ahmad Shatir
Sunday, February 22, 2009
Temuduga Pemilihan Ahli Exco PMFSSK 2009

