Tuesday, September 15, 2009

Monday, September 14, 2009

PERHATIAN!!!!!!

PMFSSK sekali lagi melalui Sekretariat Akademik, Latihan dan Kepimpinan akan mengadakan satu program motivasi disebuah sekolah di Jerantut Pahang. Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 2-4 Oktober 2009 ( Jumaat-Ahad)
Tempat: Sek Men Keb Temin, Jerantut Pahang.
Masa : 11.30 pagi ( bertolak dari UKM)

Oleh itu, bagi semua yang terlibat pastikan anda menepati masa seperti yang telah ditetapkan. Mari lah kita berdoa agar program ini akan berjalan seperti yang dirancangkan dengan jayanya i'Allah dengan izin Yang MAha Esa.

Sebarang pertanyaan hubungi
Rashida 0148394181/0179522027
Naim 0132125274/0176130567

Sunday, September 13, 2009

TOT..






Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan kepimpinan dan kawan-kawan yang sama-sama telah menjayakan Kursus Asas Fasilitator yang telah diadakan di D'Lepoh Chalet, Hulu Langat selangor pada 12-13 Sept 2009. Terima kasih diatas kerjasama yang telah anda semua hulurkan sepanjang program ini berlangsung.

tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberikan asas kepada mereka yang terlibat sebagai fasilitator dan menimba sebanyak mungkin ilmu mengenai seorang fasilitator yang berjaya. Ini merupakan bekalan kepada mereka yang akan berkongsi ilmu bagi program Motivasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Temin, Jerantut pahang.

pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk menghasilkan modul bagi Program Motivasi yang bakal dijalankan. ini adalah untuk memberikan dan berkongsi serba sedikit pengalaman kepada bakal fasi yang akan terlibat. bersamalah kita manfaatkan segala ilmu yang telah dicurahkan untuk masa depan kita semua.

Pergi ke Mydin naik teksi,
Teksi dipandu oleh pak hadi,
D'Lepoj Chalet menjadi saksi,
suatu kenangan kekal abadi.

Wassalam..

muzium negara dan kesenian islam




Alhamdullillah, baru-baru ini, pmfssk melalui Naib Presiden 2 iaitu saudara Muhammad Nain telah menganjurkan satu program lawatan ke Muzium Negara dan Muzium Kesenian Islam..Sangat menarik dan kami dapat menimba banyak pengetahuan yang sebelum ini hanya sekadar imaginasi sahaja. Semasa di Muzium negara, kami dapat melihat pelbagai barang-barang lama yang menjadi kebanggaan masyarakat dahulu kala. Ada yang tidak pernah dilihat oleh anak muda seperti kita di zaman sekarang dan hanya wujud di zaman purba kala.

Di Muzium Kesenian Islam, kami dapat lihat Pelbagai khazanah lama yang kebanyakannya berasal dari dinasti Ming. terdapat duit yang diguna oleh para pedagang Islam zaman dahulu. zaman dahulu, Al-Quran telah ditulis dan dibukukan mengikut juzu' masing-masing dan terdapat 30 buah al-quran yang mewkili setiap juzu' tersebut. Terdapat juga bilik tamu yang mempunyai ukiran yang sgt menarik dan menurut pekerja di sana dinding bilik tamu itu asli dan datang dari sebuah negara Islam. Terdapat juga replika2 Masjid2 yang terdapat diseluruh dunia.

tahniah dan terima kasih kepada mereka yang terlibat.

Thursday, September 10, 2009

KURSUS ASAS FASILITATOR
FSSK 2009

Tarikh : 12 & 13 September 2009

Tempat : D'Sungai Lepoh Chalet, Hulu Langat


Anjuran :

Sekretariat Akademik, Latihan dan Kepimpinan


" Mahasiswa Penggerak Nadi Masyarakat "

Wednesday, September 2, 2009



PERHATIAN!! UNTUK MAKLUMAN SEGERA..

PMFSSK akan menganjurkan

PROGRAM LAWATAN KE MUZIUM NEGARA DAN MUZIUM KESENIAN ISLAM, KUALA LUMPUR

Pada 5 September 2009 (Sabtu)
Jam 9.00 Pagi-4.30 Petang

Sesiapa yang berminat, sila hubungi:
Saudara Naim 0176130567
Saudara Azmi 0174563481

Tempat Terhad Kepada 40 Oarang Sahaja