Tuesday, February 24, 2009

Bengkel Penulisan Esei Ilmiah

Kepada semua para pelajar FSSK, pihak Jawatankuasa Kecermerlangan Pelajar FSSK akan mengadakan Bengkel Penulisan Ilmiah di bawah Program Kecermelangan Pelajar FSSK. Butiran program adalah seperti berikut :

Tarikh : 25 Februari 2009 ( Rabu)
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Dewan Kuliah 3B. 301
Program ini diadakan oleh pihak jawatankuasa adalah untuk memberikan pendedahan kepada seluruh pelajar FSSK dalam memastikan cara penulisan esei ilmiah adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta mengikut gaya UKM.
SEMUA PELAJAR FSSK ADALAH DIWAJIBKAN UNTUK HADIR.

Monday, February 23, 2009

ALU-ALUAN PRESIDEN PMFSSK

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Perpaduan.

Alhamdulillah. Segala Puji dan Syukur kepada Allah S.W.T yang memberi kesempatan untuk kita melihat dunia dan segala isi serta cabarannya.

Selawat dan Salam keatas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi idola seluruh dunia.

Saudara dan Saudari, rakan-rakanku sekalian.

Pada masa ini, organisasi PMFSSK telah lengkap. PMFSSK mempunyai 8 orang Ahli Majlis Tertinggi, 10 orang Exco, 10 orang Timbalan Exco yang berganding bahu menguruskan 10 buah Sekretariat dibawah PMFSSK. PMFSSK juga pada sesi 2009/2010 ini telah memperkasakan suatu Sekretariat penting dibawah PMFSSK iaitu PMFSSK FC. Daripada suatu Sekretariat yang lesu dan kurang berperanan pada sesi lepas, dengan organisasi PMFSSK FC sesi ini, saya percaya suara PMFSSK FC akan lebih menyerlah sebagai penghubung para Mahasiswa FSSK dengan kami, Pemegang Amanah PMFSSK. Pada sesi yang lepas, PMFSSK FC dikenali sebagai PRISSMA FC, ianya dikenali sebagai PMFSSK FC pada sesi ini. Pada sesi baru ini, PMFSSK FC telah mempunyai penggerak-penggeraknya yang tersendiri yang dilantik melalui proses temuduga seperti juga temuduga untuk jawatan Exco dan Timbalan Exco.

PMFSSK sebagai sebuah Persatuan Mahasiswa Fakuti yang menjadi persatuan induk kepada Kelab-Kelab Pusat Pengajian nyata mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam mengemudi amanah yang digalas. Dalam hal ini, saya secara peribadi berasa sangat berpuas hati dengan penglibatan rakan-rakan. Pada sesi ini, PMFSSK mempunyai wakil kepimpinan daripada Mahasiswa dan Mahasiswi Pusat Pengajian Bahasa dan Linguitik, FSSK. Pada sesi lepas, PMFSSK tidak mempunyai wakil daripada Pusat Pengajian tersebut, ini merupakan suatu perkembangan yang baik bagi PMFSSK sesi 2009/2010. Begitu juga dengan lain-lain Pusat Pengajian, penyertaan semakin memberangsangkan. Cuma apa yang agak diralatkan ialah penyertaan daripada rakan-rakan bukan Melayu masih kurang. Ternyata masalah pepecahan dan pengkelasan pelajar mengikut persatuan masih menebal di FSSK. Diharapkan rakan-rakan bukan Melayu akan bersama kami nanti.

Pada sesi ini, perancangan program setiap Sekretariat sangat menarik, kebanyakan Sekretariat PMFSSK telah merancang 2 program untuk dilaksanakan oleh Sekretariat masing-masing pada sesi ini, bahkan ada Sekretariat yang merancang sehingga 4 dan 5 program. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Exco dan Timbalan Exco setiap Sekretariat. Apa yang menjadi harapan saya ialah setiap perancangan itu akan direalisasikan oleh setiap Sekretariat supaya perancangan-perancangan itu tidak menjadi seperti manifesto pilihanraya parti politik di Malaysia. Saya sangat mengharapkan rakan-rakan melaksanakan program-program tersebut utuk kebaikan kita semua.

Dari aspek perpaduan, saya menyeru kepada semua Pemegang Amanah PMFSSK, Mahasiswa Mahasiswi FSSK dan pihak pentadbiran FSSK, marilah kita bersama-sama berganding usaha untuk membangunkan PMFSSK kerana PMFSSK adalah persatuan untuk kita dan bersatu untuk memartabatkan lagi FSSK sebagai sebuah institusi pengajian Kemasyarakatan dan Kemanusiaan yang ulung diperingkat Nasional dan Antarabangsa. Masalah perpecahan dan pengkelasan antara persatuan-persatuan di FSSK bagi saya berada pada tahap yang sangat menyedihkan. Perkara ini harus dipandang berat oleh kita warga FSSK kerana persatuan bukan merupakan platfom untuk kita saling mencemuh satu sama lain dan bukan juga sebagai alat untuk kita mengejar publisiti dan persaingan yang tidak sihat. Perpaduan antara semua persatuan FSSK akan memastikan Fakulti akan terus terkehadapan. Amanah dibahu kita.

Kepada rakan-rakan Pemengang Amanah PMFSSK, ingatlah ucapan Saidina Abu Bakar R.A selepas dibaiah sebagai Khalifah Islam yang pertama selepas Kewafatan Rasulullah oleh masyarakat Islam.

"Wahai manusia, aku dilantik memerintah kamu. Aku bukanlah orang yang paling layak daripada kalangan kamu. Jika kamu melihat aku berada di atas jalan yang benar, bantulah aku. Jika aku menyeleweng, maka perbetullah aku."

Amanah merupakan suatu beban yang sangat besar dosanya jika dikhianati. Justeru, jika kita melihat, ramai ulama' silam yang menolak untuk memegang amanah, bahkan ada yang sanggup diseksa semata-mata tidak mahu dibebani dengan amanah yang bakal merosakkan kita jika kita berlaku khianat.

Marilah kita menggalas cabaran ini, membangunkan PMFSSK dan memastikan amanah dibahu kita tidak akan menyusahkan kita di akhirat kelak. Berkerja dengan ikhlas dan penuh rasa sayang kepada Persatuan dan Fakulti.

Sekian Dahulu, Wassalam.



-Mohd Adib Akmal Bin Ahmad Shatir

Sunday, February 22, 2009

Temuduga Pemilihan Ahli Exco PMFSSK 2009



Pada 10 dan 11 februari lepas, jawatankuasa PMFFK telah mengadakan temuduga terbuka bagi seluruh pelajar FSSK untuk jawatan AJK PMFSSK sesi 2009 dan 2010. Antara jawatan EXCO yang dibuka untuk sesi temuduga tersebut antaranya ialah EXCO Integrasi dan Perpaduan kaum, Hubungan Luar dan Alumni, Kerohanian dan kebajikan serta lain-lain.

Sesi temuduga tersebut yang bermula seawal jam 9 pagi sehingga 4 petang telah menarik minat ramai para pelajar FSSK dari pelbagai program pengajian termasuk dari pusat pengajian Bahasa dan Linguistik. Pihak AJK tertinggi PMFSSK mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka yang berjaya dipilih pada sesi temuduga tersebut.

Wednesday, February 18, 2009

Majlis Makan Malam FSSK

Berita terbaru daripada pihak PMFSSK kepada seluruh pelajar FSSK

"AJK PMFSSK telah mengadakan mesyuarat hampir 2 minggu dalam membincangkan mengenai majlis makan malam FSSK 2009. Pihak AJK juga telah berbincang dari pelbagai sudut khususnya dari aspek kemampuan harga dan lokasi. Kami pasti bayaran yang akan dikenakan untuk majlis makan malam tersebut amat berpatutan dan tidak membebankan para pelajar".
Sumber : ketua program majlis makan malam PMFSSK.

Walau bagaimanapun, harga, tempat serta masa akan diumumkan kemudian selepas keputusan muktamad diperolehi. Pihak PMFSSK mengharapkan juga agar dinner pada semester kali ini lebih meriah dengan penyertaan daripada semua pelajar FSSK.

Tuesday, February 17, 2009

Kempen 'TAK NAK MEROKOK' di FSSK




Berhadapan dengan Dewan Kuliah DK3B 301 telah diadakan pameran kempen "TAK NAK MEROKOK". Kempen ini dianjurkan oleh sekumpulan pelajar yang mengambil Kursus Elektif Falsafah dan Alam Sekitar sebagai tugasan wajib kursus tersebut.

Menurut wakil kempen tersebut juga, kempen ini bukan sahaja sebagai memenuhi kerja tugasan mereka tetapi dalam masa yang sama ingin memberi kesedaran betapa bahayanya kesan akibat daripada merokok kepada semua warga UKM khuhsnya di FSSK.


Pameran ini hanya berlangsung pada hari ini(18.2.09) dari jam 2 petang hingga 5 petang.

Monday, February 16, 2009

Hari Interaksi PMFSSK 2009/10

Perhatian kepada semua EXCO dan Naib EXCO, AJK tertinggi PMFSSK akan menganjurkan hari Induksi PMFSSK. Butiran lanjut mengenai program adalah seperti yang berikut:


Tarikh : 28 Februari ~ 1 Mac 2009

Tempat : Marina Chalet & Home Stay, Cameron Highland

Status Program : Wajib bagi semua EXCO dan timbalan EXCO yang baru


Rasional program ini diadakan kepada para EXCO adalah untuk melakukan majlis perpindahan tugas secara rasmi, merapatkan jurang antara para jentera pimpinan baru dan lama serta mewujudkan semangat perpaduan.


Untuk sebarang pertanyaan, para EXCO dan timbalan EXCO boleh meghubungi

SAUDARI RASHIDA NURUL SHAHIDA

(0199830605)

Monday, February 9, 2009

Pemilihan Ahli EXCO PMFSSK yang baru untuk sesi 2009/10

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan akan mengadakan temuduga terbuka untuk memilih ahli EXCO yang baru. Temuduga adalah terbuka untuk kepada semua warga pelajar FSSK termasuk Fakulti Bahasa dan Linguistik. Butir-butir temuduga adalah seperti yang berikut:

Tarikh : 10 ~ 11 Februari 2009
Masa : 9 pagi - 4 petang (hari selasa)
11pagi - 4 petang ( hari rabu )
Tempat : Pejabat PMFSSK (Aras 1)
Sebarang pertanyaan berhubung temuduga ini, sila hubungi
SAUDARI NURAINI SELAMAT
017-7069426